Wednesday, September 12, 2012

hai.

hai.

Thursday, July 15, 2010

Fursoh Mumtazah..


Assalamualaikum..

"Wan, dah cek blom nama enta dalam laman web zakat selangor??"
"Eh, blom lagi la Hamdi. Dah keluar ke keputusannya???"
"Dah, baru je keluar tadi. Ana tengah cek ni,kat bilik Hanif Ali, pakai laptop dia. Marilah sini wan, cuak ana nak tengok keputusan ni.."
"Ok Ok, ana datang sana sekarang jugak!"

Pantas aku memasukkan mushaf Quranku ke dalam beg. Dapat kurasakan jantungku bagai ditarik oleh satu medan magnet yang sangat kuat, cuba untuk mengeluarkannya dari jasadku. Panggilan telefon daripada sahabatku, Hamdi, membuatkan sesi 'iadahku untuk petang itu terus terhenti di situ. Langkahanku, dari masjid sehinggalah ke asrama, semakin laju selangkah demi selangkah. Teruja mungkin. Terus aku menuju ke bilik sahabatku, Hanif Ali..

"Wan, cepat Wan,sini!"
"Ye,ye, ana datanglah ni Hamdi oi.."

Dub,dab..dub,dab..tak dapat aku gambarkan kegelisahanku ketika itu. Hanya Allah sahajalah yang Maha Mengetahui setiap apa yang ada dalam hati setiap makhlukNya. "Ya Allah, berilah apa yang terbaik untuk hambaMu ini.."




"Alhamdulillah Wan,at last tercapai jugak hasrat kita nak further study kat Mesir sama-sama."
"Alhamdulillah Hamdi. Sesungguhnya Allah dah tetapkan jalan cerita yang terbaik untuk setiap hambaNya, cuma kadang-kadang kita yang tak sedar. Subhanallah.."

Namun sepatutnya,kami akan pergi 'bertiga',bersama seorang lagi sahabat persijilan DQ-UIAM Gen10, Najmi Basri. Tetapi mungkin bukan rezekinya untuk bersama kami,mungkin juga Allah telah menyediakan jalan yang lebih baik baginya-beliau sekarang menyambung pengajian di Pusat Asasi UIAM, Petaling Jaya bersama sahabat sahabiah persijilan DQ-UIAM yang lain-bittaufiq wannajah buat sahabat sahabiah semua..





Dari Taski ABIM, kemudian ke SK Jalan 6 dan Tahfiz ABIM, seterusnya ke Sekolah Agama Menengah Bestari, dan melangkah pula ke Darul Quran JAKIM, manakala kini, jika diizinkan Allah SWT, aku akan menjejakkan kakiku di Bumi Para Anbiya' pula, Ummu Dunya, Ardul Kinanah; bumi Mesir. Dan insyaAllah juga, aku akan ditempatkan di Universiti Al-Azhar, dalam bidang perubatan selama lebih kurang 7 tahun. Alhamdulillah, aku sangat bersyukur kerana jika dilihat pada perjalanan hidupku, semuanya Allah tempatkan di tempat yang terjaga, yang baik-baik, bi'ah solehahnya masih terpelihara. Tak dapat aku bayangkan, bagaimanalah kiranya jikalau diri yang lemah iman ini ditempatkan di tempat yang kurang Islamik, terbuka, mungkin aku akan mudah terpedaya dengan dunia. Tahniah diucapkan bagi sahabat-sahabatku yang berjaya menepis terjahan-terjahan jahiliyah di tempat anda semua. Semoga Allah terus memelihara kita semua..



" Allah Pelindung orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah setan, yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya." (2:257)

Kepada sahabat sahabiah semua, minta doakan kejayaan kami, pelajar-pelajar tajaan Zakat Selangor 2010/2011 yang akan melanjutkan pelajaran di universiti-universiti di Mesir, Jordan dan Morocco dalam bidang masing-masing. InsyaAllah..

Mutsyakkir awie..~

Monday, July 12, 2010

Al-Wajibat aksar minal Awqat..

Assalamualaikum..

Nampaknya sudah hampir 3/4 tahun blog saya ini tidak dikunjungi oleh empunya blog sendiri.Benarlah pepatah Arab,"Al-wajibat aksar minal awqat"-kerja lebih banyak daripada masa yang ada.Apakan daya,manusia yang lemah tidak akan pernah mampu menyelesaikan segala pekerjaan yang ditaklifkan ke atasnya.Kesibukan dalam kehidupan seharian kita membuatkan kita alpa dan leka dengan kenikmatan dunia,malah menyebabkan kita menyingkatkan masa kita untuk beribadah kepada Allah SWT-na’uzubillah.Masa lapang yang dikurniakan kepada kita merupakan antara nikmat terbesar yang sering kali dilupakan,seperti mafhum hadith Rasulullah SAW :

Daripada ibnu Abas R.A berkata , telah bersabda Baginda SAW , terdapat dua nikmat yang kebanyakannya manusia sering lupakan iaitu `nikmat sihat dan nikmat masa lapang'

Riwayat Al-Bukhari


Oleh itu,perancangan masa yang baik adalah solusi yang paling efektif.Sebenarnya,bukan masa yang tidak cukup,tetapi kita yang tidak pandai mengurus masa.Kena pandai bahagi masa,untuk beribadah,untuk bekerja,untuk belajar,makan,tidur,main dan sebagainya.Gunakan setiap detik yang telah dikurniakan kepada kita dengan sebaiknya,jangan sia-siakan walau sesaat sekalipun.Semoga kita semua terhindar daripada tergolong dalam golongan yang rugi~




"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati dengan kebenaran dan nasihat-menasihati dengan kesabaran."


(2:250)

"Ya Tuhan kami, tuangkanlah kesabaran atas diri kami, dan kukuhkanlah pendirian kami dan tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir".(2:250)

Aminn..

Sunday, December 06, 2009

Coretan Pertama...

Subhanallah..
Subhanallah..
Cubaan 1..2..3..
Test..test..

Hoho..teringat semasa di sambest dulu,terutamanya time form2 2005
Memegang jawatan ajk dewan besar bersama bapak(fauzan),syazwan adzhar(kp dewan besar sebelum naik pangkat jadi ku sambest,hoho..),shukry(membe sejak form1 yang juga ketua dorm saya yang berkaliber time form5),dan tidak lupa kepada abg mustafa dan ketua biro dewan besar,abg aidi fairuzi.Sepanjang tahun 2005 uh,banyak benda yang kitorang belajar terutamanya pasal PA system.Ada je function kt dewan,petang dan malam hari sebelumnya kompem kitorang la yang kena jadi kuli untuk bersih la,kemas la,hias2,susun kerusi lg,masuk bilik bawah tnah..herr..dan yang menjadi poin kat sini ialah kena test microphone selepas mencucuk wayarnya pada tempat yang betul..{syazwan}:Subhanallah,subhanallah...Subhanallah,subhanallah... hm,fadhil yang kat belakang uh,dengar tak?? {fadhil}:perlahan r wan,kuatkan sikit lagi.Haha..macam2 ragam boleh dilihat setiap kali kitorang kerja,ada yang sibok testing lampu,ada yang panjat atas pentas,yang duduk saje bawah kipas pon ada..hihi..namun,segala pengalaman itulah yang membuatkan diri kita semakin matang,tapi xtaw la saya ni dah matang ke belum..hoho,mgkn masih banyak pengalaman dan ilmu yang perlu saya cedok untuk terus mengislahkan diri yang hina ini..tapi 1perkara lagi,sebenarnya kitorang pon xtaw la time uh kitorang bekerja secara paksarela atau sukarela..hm,papepun,harap2 smuanya insyaAllah kerana Allah Ta'ala.

Sebenarnya saya ni xreti sangat bab2 menulis ni,jadi blog ni pon sekadar untuk berkongsi pape yang patut dengan sahabat2 saya.So,awal2 lagi saya nak mohon maaf sekiranya kunjungan anda ke blog saya yang xseberapa ini tidak dapat memberikan kepuasan kepada anda semua seperti anda mengunjungi blog sahabat2 yang lain.Saya juga nak mengucapkan berbanyak2 terima kasih kepada sahabat2 DQ saya,nidzam yatimi(model...),fadil(pa'mlondi),sohaib(enchikcoeb),anip napiah(raja...),adib nizam,khaidir(amat),alim,dan yang lain2.Terima kasih juga kepada semua yang telah menghasut,mendorong,memberi galakan,inspirasi,idea,cadangan dan komen kepada saya untuk melahirkan blog ini.InsyaAllah saya akan cuba meningkatkan kualiti blog ni dari semasa ke semasa..cewahh..



Terima kasih..assalamualaikum