Thursday, July 15, 2010

Fursoh Mumtazah..


Assalamualaikum..

"Wan, dah cek blom nama enta dalam laman web zakat selangor??"
"Eh, blom lagi la Hamdi. Dah keluar ke keputusannya???"
"Dah, baru je keluar tadi. Ana tengah cek ni,kat bilik Hanif Ali, pakai laptop dia. Marilah sini wan, cuak ana nak tengok keputusan ni.."
"Ok Ok, ana datang sana sekarang jugak!"

Pantas aku memasukkan mushaf Quranku ke dalam beg. Dapat kurasakan jantungku bagai ditarik oleh satu medan magnet yang sangat kuat, cuba untuk mengeluarkannya dari jasadku. Panggilan telefon daripada sahabatku, Hamdi, membuatkan sesi 'iadahku untuk petang itu terus terhenti di situ. Langkahanku, dari masjid sehinggalah ke asrama, semakin laju selangkah demi selangkah. Teruja mungkin. Terus aku menuju ke bilik sahabatku, Hanif Ali..

"Wan, cepat Wan,sini!"
"Ye,ye, ana datanglah ni Hamdi oi.."

Dub,dab..dub,dab..tak dapat aku gambarkan kegelisahanku ketika itu. Hanya Allah sahajalah yang Maha Mengetahui setiap apa yang ada dalam hati setiap makhlukNya. "Ya Allah, berilah apa yang terbaik untuk hambaMu ini.."




"Alhamdulillah Wan,at last tercapai jugak hasrat kita nak further study kat Mesir sama-sama."
"Alhamdulillah Hamdi. Sesungguhnya Allah dah tetapkan jalan cerita yang terbaik untuk setiap hambaNya, cuma kadang-kadang kita yang tak sedar. Subhanallah.."

Namun sepatutnya,kami akan pergi 'bertiga',bersama seorang lagi sahabat persijilan DQ-UIAM Gen10, Najmi Basri. Tetapi mungkin bukan rezekinya untuk bersama kami,mungkin juga Allah telah menyediakan jalan yang lebih baik baginya-beliau sekarang menyambung pengajian di Pusat Asasi UIAM, Petaling Jaya bersama sahabat sahabiah persijilan DQ-UIAM yang lain-bittaufiq wannajah buat sahabat sahabiah semua..





Dari Taski ABIM, kemudian ke SK Jalan 6 dan Tahfiz ABIM, seterusnya ke Sekolah Agama Menengah Bestari, dan melangkah pula ke Darul Quran JAKIM, manakala kini, jika diizinkan Allah SWT, aku akan menjejakkan kakiku di Bumi Para Anbiya' pula, Ummu Dunya, Ardul Kinanah; bumi Mesir. Dan insyaAllah juga, aku akan ditempatkan di Universiti Al-Azhar, dalam bidang perubatan selama lebih kurang 7 tahun. Alhamdulillah, aku sangat bersyukur kerana jika dilihat pada perjalanan hidupku, semuanya Allah tempatkan di tempat yang terjaga, yang baik-baik, bi'ah solehahnya masih terpelihara. Tak dapat aku bayangkan, bagaimanalah kiranya jikalau diri yang lemah iman ini ditempatkan di tempat yang kurang Islamik, terbuka, mungkin aku akan mudah terpedaya dengan dunia. Tahniah diucapkan bagi sahabat-sahabatku yang berjaya menepis terjahan-terjahan jahiliyah di tempat anda semua. Semoga Allah terus memelihara kita semua..



" Allah Pelindung orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah setan, yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya." (2:257)

Kepada sahabat sahabiah semua, minta doakan kejayaan kami, pelajar-pelajar tajaan Zakat Selangor 2010/2011 yang akan melanjutkan pelajaran di universiti-universiti di Mesir, Jordan dan Morocco dalam bidang masing-masing. InsyaAllah..

Mutsyakkir awie..~

4 comments:

  1. insyaAllah akan didoakan..

    p/s: bab tercampak kat luar jangkauan network islam tuh, huhu, in some sense akan lagi rasa bersyukur sebab kita ini islam. Tapi biasalah, kebebasan berdikit-dikit mencucuk kita sampai kita alpa.. oh, moga Allah perkuatkan.. doakan aku juga.

    ReplyDelete
  2. terima kasih wan..
    xpe wan,aku cukup2 optimis dengan kekuatan yang ada kat ko dalam bab2 ni..
    insyaAllah akan didoakan juga..=D
    moga terus bersemangat dan diperkuatkan dalam perjuangan~

    ReplyDelete
  3. mabruk fadh..
    mafish maie ishie..
    hanya doa semoga selamat belaja di sana ye.hihi

    ReplyDelete
  4. salam,

    I changed my url

    syazwanadzhar.blogspot.com

    asif menyusahkan

    ReplyDelete